Friday 27 February 2015

#8

Saya baru lepas cetuskan emosi di twitter. Lepaskan geram tentang orang orang yang tak suka bagi kerjasama dan sentiasa melembabkan kerja saya. Lepas tu saya rasa nak menangis dan tanpa sedar juga rupanya saya tengah menangis. Kelihatan bodo bukan seorang saya malam ini?

*

Esok kem weh. Tapi aku tak rasa excited langsung. Langsung takde perasaan berkobar nak buat aktiviti itu ini, langsung takde perasaan takut even tempat kem tu dikeliling kubur, langsung takde perasaan gembira untuk belajar benda baru.

Dalam kepala dok fikir apa alasan nak bagi untuk tak join kem esok. Dari minggu lepas kepala aku tak benti fikir apa alasan paling munasabah untuk bagi. Dan aku juga masih fikir alasan apa nak bagi untuk tak join kem minggu depan. Dan paling teruk, aku gigih fikir alasan apa untuk tak balik Johor lagi dua minggu sempena abang sulung aku tunang.

Bagi aku, alaaaa rilex ahhh. Abang kot. Bukan akak. Just duduk dalam kereta, tengok signboard, tengok hutan, bila dah sampai, dengar orang berborak, tengok mak sarung cincin, makan dan balik. Kalau akak punya majlis mungkin ahh busy sebab nak tolong mak masak, kemas rumah apa semua kan? 

Damn.

Aku tak excited dengan hidup aku tetibe ni apahal? Dah hampir ditarik nyawa ke apa sampai nak nafikan nikmat dunia?

Kbai.

No comments: