Thursday 5 March 2015

#9

Jam 1.55 pagi dan aku masih terjaga. Bukan terjaga sebab hadap kerja yang boleh tahan menimbun tapi berjaga sebab petang tadi dah tidur dan aku saje bagi masa untuk diri sendiri berfikir malam ni.

Dalam banyak banyak hari, waktu macam ni terpaling aku suka. Pasang lagu kegemaran sambil hadap laptop yang paparkan dashblog blog. Ternyata 'soul' tu masih sama. Aku masih suka cara bercerita sebegini. Komunikasi yang hanya melibatkan satu hala, komunikasi yang tak perlukan sesiapa untuk judge hidup aku.

Bahagia bukan?

Kerja yang bertimpa dan makin banyak kerja yang aku postponed padahal dateline dah lama tamat. Ya, sepatutnya minggu lepas kene submit tapi aku masih tak amek endah dengan kerja tu.

Aku taktahu macam mana nak describe perasaan yang ada sekarang ni. Tenang, kosong ataupun berserabut? Entah.

Aku cuma harap Jumaat cepat tiba, dan Ahad cepat pergi. Dan lepas tu aku boleh luahkan apa yang bersarang dalam kepala aku sekarang ni. Mungkin aku serabut.

Ini bukan cerita dua pihak. Cerita ni dah melibatkan banyak pihak. Dan kalau aku buka mulut, aku percaya semua pihak akan terasa, setengah pihak akan terus down dan rasa diri tak guna. Jadi sebaiknya aku simpan dan perati dari jauh.

Susah juga bila benda melibatkan hati orang. Sebab hati ni Allah yang pegang. Bukan aku. Kalau hati ni aku yang pegang. mesti senang aku nak adjust untuk buat orang lain maafkan salah salah aku. Dan, sebab tu tuhan pegang hati manusia. Supaya kita buat silap, dan belajar dari kesilapan.

Tuhan,
tabahkan aku untuk dua minggu lagi.
Tabahkan aku.

No comments: