Friday 27 February 2015

#8

Saya baru lepas cetuskan emosi di twitter. Lepaskan geram tentang orang orang yang tak suka bagi kerjasama dan sentiasa melembabkan kerja saya. Lepas tu saya rasa nak menangis dan tanpa sedar juga rupanya saya tengah menangis. Kelihatan bodo bukan seorang saya malam ini?

*

Esok kem weh. Tapi aku tak rasa excited langsung. Langsung takde perasaan berkobar nak buat aktiviti itu ini, langsung takde perasaan takut even tempat kem tu dikeliling kubur, langsung takde perasaan gembira untuk belajar benda baru.

Dalam kepala dok fikir apa alasan nak bagi untuk tak join kem esok. Dari minggu lepas kepala aku tak benti fikir apa alasan paling munasabah untuk bagi. Dan aku juga masih fikir alasan apa nak bagi untuk tak join kem minggu depan. Dan paling teruk, aku gigih fikir alasan apa untuk tak balik Johor lagi dua minggu sempena abang sulung aku tunang.

Bagi aku, alaaaa rilex ahhh. Abang kot. Bukan akak. Just duduk dalam kereta, tengok signboard, tengok hutan, bila dah sampai, dengar orang berborak, tengok mak sarung cincin, makan dan balik. Kalau akak punya majlis mungkin ahh busy sebab nak tolong mak masak, kemas rumah apa semua kan? 

Damn.

Aku tak excited dengan hidup aku tetibe ni apahal? Dah hampir ditarik nyawa ke apa sampai nak nafikan nikmat dunia?

Kbai.

Monday 23 February 2015

#7

Serabut.

Taktahu nak deal macam mana dengan hidup. Rasa macam satu satu benda himpit aku sekarang ni. Tapi macam biasalah, aku masih mampu bajet cool depan orang lain. Macam takde benda yang aku perlu segerakan.

Product launching dicepatkan seminggu awal sebab poli nak buat study weeks. Like hek eleh sangat, ada ke takde study weeks tu, kelas still jalan macam biasa. Lagi lagi bila sem ni ramai gila lecture pergi kursus sana sini dan terpaksa batal kelas tiba tiba.

Dua minggu berturut ada kem. Rasa macam nak lepaskan keduanya, atau lepaskan salah satu sebab malas nak fikir. Lagi lagi bila kem minggu ni ramai tarik diri dan baru bagitahu tadi. Like...... Okay, siapa lagi aku nak kene cari sebagai ganti ni?

Kem minggu depan pulak memang aku takde semangat langsung nak pergi. Aku tahu member aku boleh handle sendiri so aku biar dia buat kerja dia tanpa aku ganggu. Lagipun banyak benda terpaksa dia rahsiakan, so aku malas nak kacau, malas nak amek tahu, dan malas segala benda.

Aku tahu bulan 3 ni memang akan buat aku menangis gila babi. Aku tahu. Sebab aku dapat rasa. Ramai lecture yang masih belum bagi tutorial untuk di buat, di hantar, banyak lagi test quiz yang tak terbuat, dan banyak lagi kelas yang perlu di ganti.

Sem ni aku sayang kelas semacam. Bukan sayang budak kelas, tapi sayang subjek. Sebab total pointer aku baru 2.9 something. Aku ada lagi dua sem (sem ni dengan sem depan) je untuk improve aku punya pointer. Aku taknak habis diploma dengan takat 3.0. Aku nak better than that. Kalau tak lepas 3.5 pun takpelah. Asalkan 3,2 ke atas.

Takat ni masih was was untuk sambung study sebab hutang ptptn untuk diploma je dah 15k. Belum lagi kalau aku sambung degree. So aku niat, habis diploma aku nak rasa kerja setahun dua. Kalau tak sampai setahun aku tak tahan, aku nak sambung degree. Sebab tu even takde niat nak sambung skrg, aku still kene kejar pointer aku. Dan juga kene mahirkan segala jenis alatan/mesin yang ada dekat makmal.

Aku risau ni.

Lagi tujuh tahun Abah pencen. Mak pulak memang tak kerja. Aku tak boleh fikir pasal hidup aku sorang. Lagi tujuh tahun, mungkin aku kene tanggung Mak Abah, dan mungkin dua orang adek bawah aku. Aku ingat Mak cakap petang sebelum aku balik Kuantan :

" Nanti nak praktikal, nak kerja, duduklah luar. Duduk mana mana yang boleh kembangkan otak kau tu. Nanti kang dah kawen kau tak boleh buat macam macam. Sekarang ni nak pergi mana, pergilah. Mak bagi. Mak tahu kau jenis pandai jaga diri. Tapi nak kawen at least 25 tahun okay? "

HAHAHHAHAHAAHAHA. Mak percaya aku boleh berdikari tapi Mak memang tak yakin untuk bagi aku kawen. Sebab?

Rahciew :')

Tuesday 17 February 2015

#6

Kadang aku macam tertanya, apa ex aku buat sekarang. Sebab aku rasa dia akan habis degree bila aku habis diploma. Aku harap dia doing fine even kadang aku benci gila bila ingat balik apa yang pernah berlaku dua tahun lepas. Hahahah

Aku dah move on k.

Cuma teringat.

Nak pulih lepas kene game ni bukan amek masa sebulan dua. Lama gila kot. Lagi lagi bila hubungan tu nak cecah atau dah cecah tiga tahun. Aku taktahu bila masa aku clash, tapi yang pasti, sebelum aku spm, dia dah diamkan diri then muncul balik lepas 8 bulan.

The f kan weh?

Sebelum dia sambung degree, seingat aku bulan 9 sebab intake degree memang bulan 9, dia datang rumah, jumpa aku, ajak keluar dan dia cakap dia dapat sambung dekat UMT. Then bila dia masuk sana, drama lain pulak berlaku dan tetibe aku rasa kene game tapi aku nafikan.

Biasalah perempuan. Mana boleh terima hakikat kan? Kakakakaka!

Then aku biarkan sampai lah aku dapat tahu dia patah kaki dan admit ward for 2 weeks dan di jaga oleh seorang perempuan. Ye, perempuan yang kerap tweet pasal dia, post gambar berdua dekat fb, jadikan gambar berdua as twitcon dekat twitter tapi ex aku masih menafikan dia ada apa apa dengan perempuan tu.

Dan dengan tiba tiba aku dipersalahkan atas alasan tak caring, tak amek port langsung pasal dia.

" Saya masuk hospital sebab patah kaki lepas tu suspek denggi awak langsung tak amek tahu. Awak tahu tak dia jaga saya tiap malam, bila pagi berkejar pergi kelas, balik kelas bawakkan saya makanan. Awak ada peduli? "

Like the f. Aku taktahu pun dia warded tetibe aku kene marah macam tu macam ye lahh semua tu salah aku sebab aku tak caring.

Berapa bulan lepas tu dia balik Jb masa aku cuti sem. Then dia tetibe mesej cakap kejap lagi datang rumah nak jumpa Mak aku dan nak ajak aku keluar. You know, masa tu aku tengah webcam dengan kawan aku dan aku terus meloncat dari katil, terhempas laptop dan terus tenung dinding.

Tetibe aku dah pakai tudung, dan dia dah muncul depan pintu. Dan tetibe juga aku dah masuk dalam kereta, dan dia cakap :

" Tanyalah apa yang awak nak tahu. "

Aku cuma tanya, siapa perempuan tu, dan dia jawab kawan. Aku tanya soalan tu banyak kali sampai jawapan kawan berubah pada :

" Saya tersayang dia tapi saya nak awak sebab dia tak cantik. "

Tetibe juga tangan aku tersinggah dekat pipi dia. Aku tak sengaja but bila fikir balik aku puas. Aku tak kesah pun dia nak curang atau apa. Tapi kau dah curang then kau hina perempuan yang jaga kau selama dua minggu like lelaki jenis apaa kau ni?

*

Tipu kalau aku cakap aku dah lupa semua benda kalau hakikatnya aku masih ingat pertama kali tangan aku naik dengan lelaki tu adalah kali terakhir aku couple. 2013 and now dah 2015. Aku harap kau dah berubah dan tak buat perangai tak elok kau tu dekat perempuan lepas aku.

The end.

Tamat sudah sesi meroyan aku kali ni dan aku tutup kisah cinta bangang aku ni dengan lagu I'm not the only one by Sam Smith. Kakakakakakaka

Friday 13 February 2015

#5

Hari pertama cuti dekat rumah and aku taktahu lah kepala hotak ni kenapa tak boleh nak berhenti berfikir. Aku dah reminds otak aku sebelum naik bas semalam, balik rumah jangan buat kerja, jangan fikir pasal poli. But then....

11 pagi.

Got a call from Nadia.

" Syaa, tolong cek email kau. Aku dah minta orang tu bagi quotation. Nanti dah dapat kasitahu aku eh? "

Then Im keep myself with laptop, typing here and there about poli. Damn! I need rest kot!

2 petang.

Groups whatsapp.

" Syaa, 3hb ada pape program tak? "

Damn again. Aku dah personal ke engko kot last week apa takwim yang baru update tu. Why bother me? Why?

Now.

Sebenarnya bukan benda tu yang merisaukan aku. Apa yang paling merisaukan aku adalah 6 - 8 mac ni. Like seriously babe? Kita just say ' Hi! ' for just a seconds then start doing our business without can main main macam biasa? Like seriously aku just boleh perati kau dari jauh itu pun kalau aku ada dekat tempat kau and aku tak busy buat kerja aku? Like seriously babe, aku kene tahan perasaan ni for three days and then we separate again and again? Damn!

8th March.
Your birthday.
And,
our farewell's event.

Aku asyik fikir dari semalam. Why lah kita jumpa but tak boleh komunikasi macam biasa sebab kita jumpa atas urusan kerja. Why lahhhh!

Its not easy for my at all. Even kita kawan, dan kita baru je jumpa masa tahun baru hari tu but its still.......

Entah.
Ini ke yang di namakan meroyan sebab rindu?

HAHHAHAHAAHAHAHAAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAbabiHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Damn.


Thursday 12 February 2015

#4

Conversation with Separa Kekasih thru phone last night.

" Syaa, kau okay? "

Tak berapa. Asal?

" Spill. "

Im okay. 

" Kau jangan nak sorok. Aku baca tweet kau. So, apahal? "

Oh...... *start cerita*

" Syaa, kau tahu tak kau ada satu kelebihan? "

Kelebihan jadahhhhh?

" Kau mampu buat orang yang sakitkan hati kau jadi lagi sakit hati dengan kau dengan cara kau abaikan orang tu, kau buat kerja kau dendiam sampailah orang tu sakit hati gila sebab kau tak layan dia. Tu satu kelebihan kau kot! "

Babi. Kelebihan jadahhhh! Kau perli ke puji aku ni?!

" HAHHAHAHAHHAHAHAHA. "

p/s : sepesen mudah terhibur macam aku ni, time tengah serabut fikir masalah, time tu kalau orang buat penilaian jujur macam tu pun boleh buat aku mencarut berapa saat dan tertawa sampai subuh pagi ni. Mudah terhibur atau sebab orang tu adalah kau erk? Entah.

Tuesday 10 February 2015

#3

Benda paling bangang dan bodoh yang aku buat malam ni ialah graph. Like hek eleh sangat umur dah masuk 20 tapi nak buat graph pun sampai sejam lebih kan?

Aku dah tahap stuck, fedap gila babas bila aku nak buat, tapi tak jumpa apa yang lecture suruh cari. Tapi luckily rumet taktidur lagi dan aku tanpa segan silu pinjam laptop dia (aku tak rapat dengan rumet sem ni).

Tak sampai 20 minit, settle dah graph aku. Sebab laptop dia windows lama. Excel 2013. Aku punya windows 8. Bermakna, takde Excel tapi Kingsoft Spreadsheets. Engko yang guna windows 8 ni tahu lah celaka dia macam mana bila kau tak mahir, dan tak rajin godeh. Memang kompem engko tak jumpa apaaa yang kau nak buat.

Fcuk.

Noob.

Suck.

Sakaiii.

Windows 8 dah makan masa aku berejam dan sekarang aku terlagha dengan update blog dengan tiga lab reports yang masih terbengkalai yang perlu dihantar esok. Suck!

p/s : guna otak bukan emosi. bila stuck dengan satu keputusan, pergi lari ke tempat lain. mungkin tempat lain tu akan bagi solution dan buat kau patah balik pada masalah kau tadi, dan selesaikan masalah tu dalam kadar segera.