Friday 20 March 2015

#12

Semester 4 bakal melabuhkan tirai tak sampai sebulan dari sekarang. Laju gila kan masa berjalan? Macam baru semalam kenal Kuantan tapi hakikatnya dah dua tahun dekat sini.

Dan, aku amek keputusan untuk tak ikut trip ke Indonesia hujung sem ni sebab gap terlalu lama. Last paper aku insyaAllah 15hb dan trip tu 25hb. Tak mungkin lah dalam masa 10 hari tu aku nak melangut je dekat Kuantan kan? Dan tak mungkin juga aku nak balik Johor then datang Kuantan balik kan?

Dan memandangkan aku malas nak buat pasport, jadi aku khabar ke budak bertiga, aku malas nak pergi. At the end, budak bertiga tu pun taknak pergi. Takpelah, mungkin rezeki aku untuk percutian dalam kelab tu just dekat Tasik Kenyir. Tapi tu pun dah cukup untuk aku isi dalam kotak kenangan yang bakal aku isi semampatnya dan bawa balik Johor bulan 11 nanti. Dan mungkin lepas tu aku bakal nampak muka Kuantan hanya pada masa konvo sahaja.

Fuhh!

Aku dah kene tinggalkan Kuantan erk hujung tahun ni? Macam tak percaya. Aku dah mula lipat semula kenangan dekat situ dan pelan pelan sumbat dalam kotak kenangan aku. Dari zaman orientasi, aku minat sorang mamat baju biru, aku flirt dia, dia ajak keluar, lepak tiap minggu, dia habis study, aku dipisahkan kelas dari kawan aku, kem, kem, kem, program, malam bual bicara, jual sosej tiap malam, gaduh dengan classmate, usha budak awam dari jabatan baru then bila dorang toleh aku lari, tidur dalam kelas, main belon air sambil lari keliling unit, tidur dekat unit sebab taknak duduk kamsis, makan meggi berjemaah, dengar cerita si gebang, baju berlubang kene asid dekat makmal, dan apa lagi? Semua tu bakal aku bawa pulang. Dan mungkin bakal di tambah dengan kenangan baru kalau aku ada rezeki sambung degree nanti.


Fuhhh!

2013


*lipat lipat kenangan*

Bye.


No comments: