Thursday 5 March 2015

#10

Aku masih belum bosan berbicara tentang rindu. Rindu pada tuhan, rindu pada family, rindu pada teman, rindu pada kau, rindu pada masa silam, rindu bau kejayaan.

Paling penting sekarang ni rindu pada tuhan. Jujur, kem yang aku join as peserta minggu lepas buat aku rindu pada tuhan. Tuhan yang aku cari bila aku ada masalah, bila tuhan lupa nak kasi aku rezeki, tuhan yang aku cari masa aku lost dalam belajar.

Aku bukan baik sangat. Yang lima tu selalu aku tinggal. Kalau subuh, zuhur, asar, maghrib, aku buat. Isyak mesti tertinggal. Sama ada sebab niat " tidurlah dulu. esok pagi bangun, aku isyak lah sebelum subuh masuk " ataupun " kejap lagi lah aku isyak. aku nak selesaikan kerja ni dulu tapi rupanya aku tertidur atas longgokan kertas ".

Teruk bukan?

Ye, aku corakkan hidup aku dengan cara yang sangat teruk. Kadang aku tanya kenapa aku senantiasa blur, susah nak tangkap bila belajar padahal aku dah cuba fokus. Dan aku terus sahaja tanya diri, macam mana nak berkat kalau kau tak ingat tuhan.

Kau lupa tuhan, tuhan lupa kau.

" Awak ada bakat sebenarnya Syafiqah. Awak terlalu rendah diri dan fikir negatif. Awak selalu rasa awak takde kelebihan padahal kalau awak tanam betul impian awak, awak boleh dapat sebab cara awak yang betul betul kejar bila awak nak sesuatu. "

Iye ke saya berbakat? Tapi kenapa saya rasa saya langsung takde talents sampaikan saya taktahu nak bawa diri saya ni kemana. Saya cuma mampu follow the flows.

" Apa yang saya perati dari sikap awak, cara awak berkomunikasi, perangai awak. cara awak selesaikan masalah, saya nampak awak mampu jadi pemimpin, awak boleh mendidik dan orang senang dengan cara awak. Tapi bila awak boleh bawa watak ustazah secara sponstan tadi saya terkejut. Cara awak berdakwah, cara awak menyampaikan berita, cara awak menjawab soalan tu, buat saya rasa awak banyak kebolehan sebenarnya. "

*seseorang menyampuk*

" Nama awak Syafiqah kan? Saya yakin awak boleh jadi ustazah dua tahun lagi. Saya doakan awak ni Syafiqah. Cuma satu, awak kene banyakkan baca hadith, buku agama balik. Awak ada ilmu, tapi awak lupa, awak takut. "

Aku mampu gelak je masa tu. Sebab aku masih rasa aku takde apa, langsung takde talents, hidup berdasarkan flow je.

" Target hidup awak. Awak nak ke mana, dan belajar ada impian. Dengan bakat awak, awak boleh join consultant saya. Tapi kalau awak ada impian, awak buka consultant sendiri. Teruskan belajar even sampai phD pun kalau awak mampu. "

*

Cari tuhan semula, Syafiqah.
Cari.

No comments: